BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday

EMPAT GOLONGAN LELAKI YANG DISERET WANITA KENERAKA !!!



Pertama: Ayahnya

Apabila seorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan lain-lain.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.Tidak cukup kalau hanya dengan memberi kawalan dunia sahaja maka akan ditarik oleh anaknya keneraka.


Kedua: Suaminya

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya.Bergaul bebas dipejabat,menghias diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri..walaupun dia seorang alim (solat tidak bertangguh/puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya keneraka.


Ketiga: Abang-abangnya

Apabila ayah sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya…Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran islam…tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


Keempat: Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya perihal kelakuan yang haram daripada islam,maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…nantikanlah tarikan ibunya….


wallahualam....moga anda tidak menjadi calon-calon lelaki yand diseret oleh wanita-wanitamu ke neraka.....